sepurnama

Sepurnama sudah berlalu. 
Konflik yang menyeksa minda semakin beransur hilang.
& antara kau dengan aku masih begitu.
Dipisahkan oleh ruangan semalam yang indah.
Dipisahkan oleh aku yang mempertaruhkan sebuah persahabatan.

Sepurnama sudah berlalu.
Tangisku beransur reda.
Resah yang mengusik kian lena di waktu lalu.
& kita masih membisu.
Di kejauhan yang dekat; di bersuara yang bisu.
Sunyi tanpa kata.
Mata dialih tiap kali bertentang.

Adakah kau rasa apa yang aku rasa?
Atau hanya aku terasa rumitnya.
Atau hanya aku terasa sayunya.

Masihkah kau fikirkan aku.
Atau hanya aku memikirkan kita.
Biar konflik beransur hilang.
Tetap saja aku terkenang.
Kita yang hilang.

Doaku masih sama.
Moga kau miliki apa yang kau mahu.
Moga tenang selalu.
Di bawah barakahNya Tuhan.

Biar belum puas aku menatap.
Seraut kemenangan kiriman Tuhan. 


Salam Sayang Buatmu Teman.
                YAH.

Comments

Popular posts from this blog

HIKAYAT MAYYAMIRZAN

Separuh jiwaku