Posts

Showing posts from 2019

permulaan semester september

Semester baru dimulakan. Segala jenis semangat dan kata  perjuangan sepanjang cuti semester bagai hilang dengan sendiri. Aku kumpul kekuatan untuk pulang ke menara gading dengan senyuman. Malangnya, jejak saja kaki di sini aku kembali lemah dengan sekeliling. arghhh seksanya. Aku sangka aku sudah cukup kuat. Ternyatanya tidak.

hari yang buruk ?

bertabalah dengan segala jenis kekuatan yang ada. kau diuji dengan kesakitan. apa salahnya kan, setelah segala nikmat Tuhan berikan. apa lagi yang hendak aku dustakan?

bebas.

semalam. aku macam tersedar sesuatu. tersedar yang lebih baik begini daripada begitu. lebih baik aku pergi, dan itu memang satu keputusan yang tepat yang aku buat. daripada aku stay dengan orang yang tak sepatutnya. yang end up akan menyebabkan hidup aku semakin toksik.

cuti semester

aku masih begini. masih mengenang kisah semalam yang terlalu perit untuk aku lupakan. cuti semester sudah bermula, tapi ingatanku masih di kesibukan kampus yang melelahkan. masih bersama udara kolej yang menyesakkan. dikelilingi insan insan yang tidak lagi kukenal.

dendam

berdendam? aku bukanlah orang yang begitu. aku sering menjadi mereka yang memaafkan, biar aku yang terluka menanggung rasa. tapi, tidak kali ini . kecewa benar hati ini. sepanjang dua minggu Ramadhan tidak tenang jiwaku. menyimpan kesumat yang terdalam. hancur. hancur hati aku. dibuang, dihina bagai aku tidak pernah ada , tidak pernah punya baiknya. argh entahlah. sakit. tapi harini, aku sedar sesuatu. dendam tak bawa aku ke mana mana. aku hanya derita sendiri. menyakitkan jiwa aku sendiri. merosakkan hati aku sendiri. bukankah dendam itu penyakit hati ?

monolog

dari kejauhan yang dekat, dari bersuara yang bisu. dekatnya jarak kami, tapi masih terasa jauh.  terpisah di balik keriuhan yang sunyi,  dikunci diam yang menyeksa hati dan emosi. pandangan kosong tiada makna,  sekadar monolog kosong yang bolong.  monolog aku sendiri dalam riuh Lorong Chow Kit  aku masih menung sendiri tiada bicara dari bibirku diam dan sunyi sesunyi pandangan mata kami dari kejauhan yang dekat, dari bersuara yang bisu. tersimpan rahasia hatiku.  senimanusia 10 Mei 2019 Jumaat 02:15 pagi.

aku.

entah kenapa. sekarang ni, pada saat ni aku seakan terhidu wangian kemenangan yang dah lama aku cuba hilangkan dari deria aku. entah kenapa juga, sekarang ni aku rasakan aku bukanlah sebahagian daripada kalian semua. aku ialah aku. aku rasa kosong. ehh bukan. bukan kosong. aku rasa aku bukan sebahagian daripada kalian. aku hanya menumpang di sebalik sosok seseorang.  entah kenapa. aku rasa memang sepatutnya aku menyepikan diri. mengasingkan diri dari dunia yang sebelum ni. bukan entah kenapa. sebenarnya aku tahu jawapannya. sebab aku bukanlah sebahagian daripada kalian lagi. aku hanya datang sebagai angin, menyapa kalian untuk menyenangkan tika panas menyesakkan kalian. aku hanya datang sebagai angin, yang lalunya seketika. tidak meninggalkan kesan dan semestinya tidak kelihatan. halimunan!  jadi, aku rasakan lebih baik begini. menyendiri dan terus mengasingkan diri. aku sayang. sangat dan teramat sayang. tapi itulah kan. aku tetap bukan siapa-siapa.  tidak m...

sepurnama

Sepurnama sudah berlalu.  Konflik yang menyeksa minda semakin beransur hilang. & antara kau dengan aku masih begitu. Dipisahkan oleh ruangan semalam yang indah. Dipisahkan oleh aku yang mempertaruhkan sebuah persahabatan. Sepurnama sudah berlalu. Tangisku beransur reda. Resah yang mengusik kian lena di waktu lalu. & kita masih membisu. Di kejauhan yang dekat; di bersuara yang bisu. Sunyi tanpa kata. Mata dialih tiap kali bertentang. Adakah kau rasa apa yang aku rasa? Atau hanya aku terasa rumitnya. Atau hanya aku terasa sayunya. Masihkah kau fikirkan aku. Atau hanya aku memikirkan kita. Biar konflik beransur hilang. Tetap saja aku terkenang. Kita yang hilang. Doaku masih sama. Moga kau miliki apa yang kau mahu. Moga tenang selalu. Di bawah barakahNya Tuhan. Biar belum puas aku menatap. Seraut kemenangan kiriman Tuhan.  Salam Sayang Buatmu Teman.                 ...

Langit Mac

tidak seindah yang disangka 22 hari penuh liku menyentak aku dari segala sudut mengheret aku ke retaknya jiwa pilu ada yang pergi tidak kembali pulang ke Ilahi menjadi ajar buat kami hargai selagi depan mata ada yang semakin jauh menjauh dari hatiku langit Mac yang mendung berbaki sembilan hari apakah sudahnya nanti? tersenyumkah kami; di penghujung purnama ini?

Separuh jiwaku

00: Dan Aku titipkan ke angin Salam kasih buatmu Dari kejauhan yang dekat Dari bersuara yang bisu Lalu Bersamanya ada cinta Didakapi air mata Buatmu Separuh jiwaku. 11 mac 2019 Isnin 16:24 petang.

berbeza.

perspektif manusia ttg kehidupan itu berbeza. ada yang merasakan bahawa kehidupan ini adalah satu perlumbaan utk sentiasa menjadi yang pertama, menjadi yang terbaik di mata dunia. namun, ada pula yang melihat kehidupan yang satu sudut perspektif yang sangat berbeza. ada yang mengatakan bahawa kehidupan ini adalah sebuah jalanan indah yang perlu diisi dengan keindahan bukan sekadar dibiar kosong tidak berwarna. indahnya luka, indahnya bahagia. dua dua itu indah jika kita ingin melihatnya dengan ' indah '. kerana kita sentiasa lihat apa yang kita ingin lihat, bukan apa yang dipersembahkan... simpulnya, itulah kita manusia. kita berbeza dalam banyak hal. jadi, raikanlah perbezaan bukan menghakimi bila mereka berbeza dari kita ~

hari ini.

satu lagi hari yang selayaknya aku gelar terbahagia. langitnya masih sama, awannya bercorak berbeza. tapi masih indah seperti biasa. orangnya juga masih yang sama. masih sama seperti kali terakhir aku lihat mereka. masih tawa yang sama kami kongsi. moga-moga magis buat kami. kekal biar jalanannya berduri ~

kemenanganku

& aku jatuh dengan sakit yg tersakit & aku terpaku dengan duga yg bertalu bagai peluru berpandu; sasarannya tepat di sasar di hati; terasa hingga ke tubuhku tiada lagi air mata yg menitis sekadar senyum pahit, mata sayu menahan perit lalu kau hadir bagai punya sakti dewa dewi aku bangkit. dalam sekali kerdipan mata aku tersenyum lagi aku kembali menatap indahnya langit aku kembali mengira bintang tika gelapnya malam kerna aku terjumpa sebuah kemenangan dalam perjalanan perjalanan luka membina kekuatan.

hikayat batu dari syurga

mengisahkan tentang engkau yang aku panggil ketenangan menenangkan amarahku memperlihatkan tujuku hikayat ini berkisar tentang kamu ttg kamu; yg menjatuhkan seorang aku ttg kamu; yg membolak balikkan jiwaku dan ttg kamu, yg aku tangisi sepanjang hayatku semoga jalanan hikayatmu, seindah namamu, diisi bahagia tanpa duka, dijaga Tuhan disaat aku tiada, moga yg kamu ingini, menjadi milikmu, moga terisi hikayatmu, dengan cintanya seorang manusia tanpa dusta, wahai engkau, aku tetap di sini, mendoakan bahgia buat hikayat ini, meski tiada aku di dalamnya.