Posts

permulaan semester september

Semester baru dimulakan. Segala jenis semangat dan kata  perjuangan sepanjang cuti semester bagai hilang dengan sendiri. Aku kumpul kekuatan untuk pulang ke menara gading dengan senyuman. Malangnya, jejak saja kaki di sini aku kembali lemah dengan sekeliling. arghhh seksanya. Aku sangka aku sudah cukup kuat. Ternyatanya tidak.

hari yang buruk ?

bertabalah dengan segala jenis kekuatan yang ada. kau diuji dengan kesakitan. apa salahnya kan, setelah segala nikmat Tuhan berikan. apa lagi yang hendak aku dustakan?

bebas.

semalam. aku macam tersedar sesuatu. tersedar yang lebih baik begini daripada begitu. lebih baik aku pergi, dan itu memang satu keputusan yang tepat yang aku buat. daripada aku stay dengan orang yang tak sepatutnya. yang end up akan menyebabkan hidup aku semakin toksik.

cuti semester

aku masih begini. masih mengenang kisah semalam yang terlalu perit untuk aku lupakan. cuti semester sudah bermula, tapi ingatanku masih di kesibukan kampus yang melelahkan. masih bersama udara kolej yang menyesakkan. dikelilingi insan insan yang tidak lagi kukenal.

dendam

berdendam? aku bukanlah orang yang begitu. aku sering menjadi mereka yang memaafkan, biar aku yang terluka menanggung rasa. tapi, tidak kali ini . kecewa benar hati ini. sepanjang dua minggu Ramadhan tidak tenang jiwaku. menyimpan kesumat yang terdalam. hancur. hancur hati aku. dibuang, dihina bagai aku tidak pernah ada , tidak pernah punya baiknya. argh entahlah. sakit. tapi harini, aku sedar sesuatu. dendam tak bawa aku ke mana mana. aku hanya derita sendiri. menyakitkan jiwa aku sendiri. merosakkan hati aku sendiri. bukankah dendam itu penyakit hati ?

monolog

dari kejauhan yang dekat, dari bersuara yang bisu. dekatnya jarak kami, tapi masih terasa jauh.  terpisah di balik keriuhan yang sunyi,  dikunci diam yang menyeksa hati dan emosi. pandangan kosong tiada makna,  sekadar monolog kosong yang bolong.  monolog aku sendiri dalam riuh Lorong Chow Kit  aku masih menung sendiri tiada bicara dari bibirku diam dan sunyi sesunyi pandangan mata kami dari kejauhan yang dekat, dari bersuara yang bisu. tersimpan rahasia hatiku.  senimanusia 10 Mei 2019 Jumaat 02:15 pagi.

aku.

entah kenapa. sekarang ni, pada saat ni aku seakan terhidu wangian kemenangan yang dah lama aku cuba hilangkan dari deria aku. entah kenapa juga, sekarang ni aku rasakan aku bukanlah sebahagian daripada kalian semua. aku ialah aku. aku rasa kosong. ehh bukan. bukan kosong. aku rasa aku bukan sebahagian daripada kalian. aku hanya menumpang di sebalik sosok seseorang.  entah kenapa. aku rasa memang sepatutnya aku menyepikan diri. mengasingkan diri dari dunia yang sebelum ni. bukan entah kenapa. sebenarnya aku tahu jawapannya. sebab aku bukanlah sebahagian daripada kalian lagi. aku hanya datang sebagai angin, menyapa kalian untuk menyenangkan tika panas menyesakkan kalian. aku hanya datang sebagai angin, yang lalunya seketika. tidak meninggalkan kesan dan semestinya tidak kelihatan. halimunan!  jadi, aku rasakan lebih baik begini. menyendiri dan terus mengasingkan diri. aku sayang. sangat dan teramat sayang. tapi itulah kan. aku tetap bukan siapa-siapa.  tidak m...